* sory koz darh lmew tark tulis blog,, sebuk doonggg.. dark pmr r ktew an tp-y skunk darh free!!
PUTERA TIDUR
EPISOD 7:
Ayoi hanya tersenyum tatkala melihat wajah aisyah yang semakin gementar..
"Bagi.." Ayoi menghulurkan tangan meminta.
"Bagi?? Apa??" Aisyah mula berfikiran kotor.
"Hm.. bagi duit tu bagi aku beli.." Ayoi tersenyum, dia tahu yang Aisyah berfikiran kotor.
Aisyah yang semakin malu hanya menyerahkan sahaja sekeping duit kertas bernilai RM5 kepada Ayoi kemudiannya memesan.
"Maggie ayam satu.." Aisyah menunduk. Ayoi membuka laluan untuk Aisyah keluar kemudian Ayoi hanya memandang Aisyah yang berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang. Ayoi tersenyum.
#################################################################################
Selepas beberapa minit kemudian, Aisyah melihat Ayoi yang masuk dari pintu gerabak lain. Aisyah semakin segan. mengapa dia berperasaan begitu, dia juga tak tahu.. Jantungnya semakin laju berdegup ketika Ayoi duduk di sebelahnya.. Aisyah menoleh ke arah lain..
"Nah, Maggie kau.. "Ayoi menghulurkan secawan Maggie sup ayam yang masih panas.
"Terima kasih.." Aisyah mencapai Maggie tersebut tanpa menoleh Ayoi, tak tahan rasanya bertentang mata dengan Ayoi yang comel rupa parasnya itu.
Akhirnya destinasi yang dituju tiba jua, Aisyah terjaga ketika bahang sinar matahari melepasi cermin tingkap di tempat duduknya. Perlahan-lahan dia membuka mata, Aisyah bingkas bangun dan menjengah keluar tingkap.. Diluar tertera papan tanda tertera 'Stesyen Arau'. Aisyah melompat gembira! Akhirnya masa-masa gementarnya di dalam kereta api akan berakhir..
Sebaik sahaja kereta api berhenti, Aisyah segera mengemas beg pakaian dan keluar dari tempat duduknya sehinggalah tiba-tiba dia tersedar sesuatu, Aisyah memaling semula ke arah tempat duduk yang baru beberapa kaki ke belakang, mana Ayoi?
"Ayoi?" Aisyah tercari-cari jika dia masih berada di dalam gerabak tersebut tapi Ayoi masih tak kelihatan. Aisyah melangkah keluar dari gerabak dan berlari disepanjang tren melihat ke dalam gerabak lain, mungkin Ayoi ada di situ.. tapi harapannya hampa.. Ayoi tiada di mana-mana.
"Ish! Mana pula mamat ni?!" Aisyah mengeluh.
"Kenapa?? kau takut hilang aku ke?" Kedengaran suara Ayoi datang datang dari belakang.
Aisyah berpaling, dia terkejut melihat Ayoi yang muncul dengan pakaian lain. Pakaian yang lebih kemas, menjadikan Ayoi orang yang paling bergaya disitu, dengan seluar jeans hitam, baju panas bertemakan not muzik dan topi 'billabong' yang disarumg senget. Dia memang nampak stylo!
"Mana kau pergi??!Aku tak nak bertanggungjawab sebab sudah menghilangkan anak orang!" Aisyah menukar topik sementara Ayoi ketawa riang.
Mereka berdua menaiki teksi ke Kampung Tanjung Gorah dimana tempat nenek Aisyah tinggal. Apabila tiba disitu ternyata rumah neneknya berkunci..

