Sunday, September 19, 2010

Putera Tidur~

PUTERA TIDUR
EPISOD 2:

     Keesokan harinya, Aisyah mula menunggu semua pelajar tingkatan 5Amanah keluar berikutan loceng pulang sudah beberapa minit mengering. Dia tidak boleh memungkiri janjinya, dia bukan orang yang begitu.. Akhirnya, semua pelajar berpusu-pusu keluar dari pintu kelas yang sempit.. namun, Ayoi tidak kelihatan.
     "Kak, Ayoi mana kak?"Tegurnya kepada salah seorang pelajar perempuan yang kebetulan lalu dihadapannya.
     "Ayoi? Apa lagi.. pergi tengok dalam kelas.."Jawabnya sambil tersenyum, tertanya-tanya apa hubungan Aisyah dengan Ayoi.
     "Oh, terima kasih, kak."Aisyah tersenyum segan.
     Pelajar perempuan tadi sekadar mengangguk lalu beredar. Aisyah menjenguk ke dalam kelas. Kelihatan Ayoi sedang tidur di dalam, Aisyah melangkah perlahan ke dalam dan mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdekatan meja Ayoi.
    "Hm.. Ehem! Assalamualaikum?" Soal Aisyah perlahan selepas mengetuk mejanya.
     "Hish!! Kacaulah!"Ayoi mengibaskan tangannya mengarah Aisyah pergi sambil membenamkan lagi wajahnya dicelahan lengan.
     "Apalah, orang nak tanya dia.. Hoi! Ayoi! Bangunlah!!"Aisyah mula meluat lalu menolak kasar bahu Ayoi.
     Ayoi bangkit perlahan lalu terkejut apabila melihat pelajar perempuan berkulit putih itu duduk dihadapannya.
     "Er... Awak siapa ya? Kenapa cari saya?"Soal Ayoi sambil menenyeh-nenyeh matanya yang masih mengantuk.
     "Aku Aisyah.. budak form3.. Erm, Aku ada satu benda nak tanya kau.. Kau kenal kan kawan aku Nadya yang kau tolak cinta dia semalam tu?" Aisyah bertanya dengan perasaan sedikit gementar..
     "Hm.. Ha!! Ingat-ingat! Kenapa?"Ayoi mula menyarung beg sandang Billabong putihnya lalu berdiri diikuti Aisyah dari belakang.
     "A,a, aku nak tanya... kenapa kau tolak cinta dia semalam?"
     "Kenapa? Sebab.. Kawan kau tu dah lah katik semacam je! Plus, she's not my type.."Ayoi mula melangkah keluar kelas.
     Aisyah terkejut mendengar jawapan Ayoi tadi, Tak mungkin dia akan beritahu Nadya yang Ayoi bukannya meminta maaf, malah menghinanya?
     "Memanglah.. sebab type kau makwe-makwe yang seksi and no pride je kan? Alah.. macam ex kau yang lama-lama tu kan? Kalau dah buaya, mengaku jelah!" Aisyah mula bengang.
     Ayoi yang tadi sudah selangkah keluar kembali kedalam sambil menarik daun pintu  kelasnya, membuatkan Aisyah semakin gelisah. Ayoi memandang Aiyah yang semakin panik sambil tersenyum.
     " Ku tahu tak, hal cintan-cintun ni betul-betul buat aku mengantuk kau tahu.."Ayoi semakin merapati Aisyah hingga Aisyah memang betul-betul rapat di dinding, Aisyah mula takut.
     "Alah, kan senang kalau kau just mengaku yang kau tu memang playboy!"Aisyah cuba memberanikan dirinya. Dia bertekad akan bertindak sekiranya Ayoi melakukan sesuatu yang tidak elok.
     Aisyah ingin melarikan diri tetapi tangannya dirembat Ayoi, Aisyah semakin panik. Ayoi merapatkan dirinya dengan Aisyah.. sambil itu tangannya erat menggenggam kedua-dua tangan Aisyah membuatkan tangan Aisyah menggigil. Namun, Aisyah tetap berlagak berani..
     "Baik... kalau kau dah anggap aku macam tu.. Aku cabar kau.. couple dengan aku sebulan dan tengok aku ni macam mana orangnya..."

                                                   
##################################################################################
*apa yang akan berlaku? Adakah aisyah akan menerina cabarannya? we'll see..

Thursday, September 16, 2010

Putera Tidur ~

*Assalamualaikum n salam sejahtera, tujuan saya create this blog is.. sebab saya suka menulis cerpen, so kepada sesiapa yang telah membuka blog saya.. I hope you enjoy the story and maaflah kalau ada kesilapan dimana2..

PUTERA TIDUR~
EPISOD 1:
    Sedang Aisyah leka menulis sesuatu dia atas helaian nipis buku notanya, kedengaran satu suara yang halus sedang memanggil namanya. Aisyah menoleh kebelakang, ke arah kesibukan pelajar-pelajar SMK SENTOSA di waktu pulang. Namun, dari pandangan matanya.. dia tidak dapat mencari siapa tuan empunya mata suara itu. Akhirnya, Aisyah sekadar tidak mengendahkannya sahaja..
    "Ecah!!"Sergah Nadya dari belakang, lalu didakapnya sahabatnya itu seeratnya.
     Aisyah terperanjat, tangannya mula tergapai-gapai.. buku nota yang dipegangnya tadi lantas tercicir dari pautan.. Aisyah menoleh kebelakang..
    "Apa yang kau cuba buat ini??"Soal Aisyah sedikit marah, namun kemarahannya segera lenyap apabila melihat mata Nadya yang berkaca.
    "Kau menangiskah?"Kali ini lembut pula tuturnya.
    "Waaaa!! Ecah! Tolong aku Ecah!!Aku kena tolak!"Nadya terus memeluk Aisyah sambil menangis teresak-esak.
    "Tolak? Kau... cederakah? Sakitkah?"Kali ini soal Aisyah sedikit bingung.
    "Sakit!! Sakit sangat! Cinta aku kena tolak dengan Ayoi!!"Nadya lebih galak meraung.
     Spontan raut wajah Aisyah berubah. Dia mengeluh,terasa dirinya seperti telah ditipu. Baru Aisyah teringat, Nadya memang sensitif dengan hal-hal berkaitan perasaan ini. Akhirnya dia sekadar menepuk malas belakang Nadya.
     "Oh, kalau bagitu aku simpati dengan kau, bye-bye!"Aisyah lantas berdiri lalu mengutip semula buku notanya yang jatuh tadi. Kalau boleh,dia mahu lari dari situ secepat yang mungkin. Belum sempat Aisyah melangkah, Nadya terlebih dahulu memaut kuat lengannya.
     "Ecah!! Kau kena tolong aku, Ecah. Please!! Aku merayu pada kau! Kau tolonglah tanya Ayoi, kenapa dia tolak cinta aku?? Pleaseeee!!"Kali ini Nadya terus melutut sambil merayu mengundang perhatian pelajar-pelajar lain.
     Aisyah mula runsing, ditambah dengan bebola mata yang sedang memandang mereka. Memeningkankan lagi kepalanya.
    "Hish! Iyalah, aku tanya dia esok!"Jawabnya lalu segera mengangkat sahabatnya itu.
    "Terima kasih, Aisyah! Tapi janji yang kau akan tanya?"Soalnya ragu-ragu.
     Aisyah sekadar mengangguk malas, Nadya akhirnya mengucup pipi sahabatnya itu lalu meninggalkan Aisyah kebingungan.. Aisyah terduduk, dia merenung keadaan dihadapan pagar sekolah yang semakin lengang.. Dia terfikir..
     Ayoi atau nama sebenarnya Tengku Khairul Zafiri, seorang ketua pengawas di SMK SENTOSA. Ayoi bukan sahaja terkenal dengan camppuran darah dirajanya, tetapi juga kerana tabiatnya yang kuat tidur.. hinggakan gelaran 'putera tidur' diberikan kepadanya. Sebut sahaja 'putera tidur' dimana-mana, pasti ada yang mengenali. Selain itu, wajahnya juga tidak kurang comelnya, Ayoi yang berparas seakan penyanyi Korea itu memang digilai ramai. Jadi...
    "Macam mana aku nak tanya Ayoi??"
                                              
                                                   *############################*

* nantikan episod 2!