Thursday, September 16, 2010

Putera Tidur ~

*Assalamualaikum n salam sejahtera, tujuan saya create this blog is.. sebab saya suka menulis cerpen, so kepada sesiapa yang telah membuka blog saya.. I hope you enjoy the story and maaflah kalau ada kesilapan dimana2..

PUTERA TIDUR~
EPISOD 1:
    Sedang Aisyah leka menulis sesuatu dia atas helaian nipis buku notanya, kedengaran satu suara yang halus sedang memanggil namanya. Aisyah menoleh kebelakang, ke arah kesibukan pelajar-pelajar SMK SENTOSA di waktu pulang. Namun, dari pandangan matanya.. dia tidak dapat mencari siapa tuan empunya mata suara itu. Akhirnya, Aisyah sekadar tidak mengendahkannya sahaja..
    "Ecah!!"Sergah Nadya dari belakang, lalu didakapnya sahabatnya itu seeratnya.
     Aisyah terperanjat, tangannya mula tergapai-gapai.. buku nota yang dipegangnya tadi lantas tercicir dari pautan.. Aisyah menoleh kebelakang..
    "Apa yang kau cuba buat ini??"Soal Aisyah sedikit marah, namun kemarahannya segera lenyap apabila melihat mata Nadya yang berkaca.
    "Kau menangiskah?"Kali ini lembut pula tuturnya.
    "Waaaa!! Ecah! Tolong aku Ecah!!Aku kena tolak!"Nadya terus memeluk Aisyah sambil menangis teresak-esak.
    "Tolak? Kau... cederakah? Sakitkah?"Kali ini soal Aisyah sedikit bingung.
    "Sakit!! Sakit sangat! Cinta aku kena tolak dengan Ayoi!!"Nadya lebih galak meraung.
     Spontan raut wajah Aisyah berubah. Dia mengeluh,terasa dirinya seperti telah ditipu. Baru Aisyah teringat, Nadya memang sensitif dengan hal-hal berkaitan perasaan ini. Akhirnya dia sekadar menepuk malas belakang Nadya.
     "Oh, kalau bagitu aku simpati dengan kau, bye-bye!"Aisyah lantas berdiri lalu mengutip semula buku notanya yang jatuh tadi. Kalau boleh,dia mahu lari dari situ secepat yang mungkin. Belum sempat Aisyah melangkah, Nadya terlebih dahulu memaut kuat lengannya.
     "Ecah!! Kau kena tolong aku, Ecah. Please!! Aku merayu pada kau! Kau tolonglah tanya Ayoi, kenapa dia tolak cinta aku?? Pleaseeee!!"Kali ini Nadya terus melutut sambil merayu mengundang perhatian pelajar-pelajar lain.
     Aisyah mula runsing, ditambah dengan bebola mata yang sedang memandang mereka. Memeningkankan lagi kepalanya.
    "Hish! Iyalah, aku tanya dia esok!"Jawabnya lalu segera mengangkat sahabatnya itu.
    "Terima kasih, Aisyah! Tapi janji yang kau akan tanya?"Soalnya ragu-ragu.
     Aisyah sekadar mengangguk malas, Nadya akhirnya mengucup pipi sahabatnya itu lalu meninggalkan Aisyah kebingungan.. Aisyah terduduk, dia merenung keadaan dihadapan pagar sekolah yang semakin lengang.. Dia terfikir..
     Ayoi atau nama sebenarnya Tengku Khairul Zafiri, seorang ketua pengawas di SMK SENTOSA. Ayoi bukan sahaja terkenal dengan camppuran darah dirajanya, tetapi juga kerana tabiatnya yang kuat tidur.. hinggakan gelaran 'putera tidur' diberikan kepadanya. Sebut sahaja 'putera tidur' dimana-mana, pasti ada yang mengenali. Selain itu, wajahnya juga tidak kurang comelnya, Ayoi yang berparas seakan penyanyi Korea itu memang digilai ramai. Jadi...
    "Macam mana aku nak tanya Ayoi??"
                                              
                                                   *############################*

* nantikan episod 2!

No comments: