Wednesday, October 27, 2010

~Putera tidur

PUTERA TIDUR
EPISOD 4:

     "Hei! Apa ni!!" Aisyah bersuara lantanglantas melepaskan pautan tangan Ayoi.
     Kemudian, Aisyah tersedar.. bebola mata di dalam restoran KFC tersebut tertumpu tepat pada mereka berdua. Aisyah lantas tersipu. Mereka bergerak perlahan dan akhirnya duduk berdekatan dinding kaca yang dibina khas supaya pelanggan boleh menatap pemandangan luar sambil menjamu selera.
     Aisyah masih tertunduk segan sementara Ayoi masih lagi tersenyum-senyum. Aisyah memandang Ayoi, kelihatannya Ayoi seperti sedang menahan ketawa.
     "Apa gelak-gelak?!" Aisyah membulatkan matanya.
     Akhirnya Ayoi ketawa besar sambil memegang perutnya menjadikan mereka sekali lagi perhatian di dalam Kentucky Fried Chicken tersebut.

##################################################################################

     Aisyah pulang ke rumah lalu menghempas badannya di atas sofa ruang tamu. Dia mengeluh, menyesal pula rasanya dia megikut kehendak Ayoi. Tiba-tiba Telefon rumah yang diletakkan di tepi TV berdering kuat mengejutkan Aisyah dari lamunannya. Aisyah pantas mencapai gagang telefon tersebut dan menjawab sopan.
     "Hello, Assalamualaikum? Siapa ni?" Tuturnya lembut.
     "Aisyah, ni mak nah ni.. Aisyah nenek kamu sakit di sini, tenat.. bagi telefon dekat ibu kamu boleh?" Kedengaran suara ibu saudaranya di hujung talian.
     Aisyah pantas membuka langkah mendapatkan ibunya di dapur lalu menarik tangan ibunya ke ruang tamu.  
     "Ya, kenapa?" Dahi ibunya mula berkerut.
     Aisyah hanya memandang ibunya bercakap telefon dan selepas akhir perbualan, Aisyah segera bertanya..
     "Kenapa, bu?" Aisyah menyoal risau.
     "Nenek.. sakit... Tapi ibu tak boleh balik.. banyak kerja di sini.. aduh.. pening kepala ibu.." Ibunya mengeluh berat. Memang benar tempahan jahitan yang masih tergendala membuatkan darah ibu meningkat sejak beberapa hari ini. Kemudian, Aisyah terfikir sesuatu, kenapa tidak dia sahaja yang pergi?? Mungkin ini peluang terbaik untuk dia lari daripada Ayoi..
     "Ibu, kenapa tak Ausyah saahaja yang pergi??"

Tuesday, October 12, 2010

Without you

The picture on the desk reminds me when i'm with you,
And I just cannot help myself from crying your name,
Why did you the one? The one that have to go?
And if I wanna see you then, I have to visit your grave,
I thought that I could hug you when you open the door,
But there's no more, no more sight of you..
If I knew you would go, I would take you see the world, tell 'I love you' a thousand time and be with you everytime,
But, I no one can see the future no..
What about our dream to see you wear the wedding dress?
Now that dream will always be buried besides you,
How could I speak, love, miss anyone besides you.. 
Without you...

Wednesday, October 6, 2010

putera tidur~

PUTERA TIDUR
EPISOD 3:

     "Okeh, aku terima cadangan kau!"Aisyah mendengus geram.
     "Hm.. kalau kau betul yang aku ini playboy or anything, aku sendiri akan umumkan aku playboy depan semua orang. Tapi.. kalau kau salah..."Ayoi mendekatkan  mukanya ke muka Aisyah membuatkan Aisyah semakin gementar.
     "Apa! Apa! kalau aku salah??"Aisyah cuba memberanikan diri.
     "Hm, tak apalah, jumpa aku petang ni di KFC di pekan. Kalau kau beranilah.."Ayoi mengusap-usap kepala Aisyah lalu beredar dengan senyuman manis.. meninggalkan Aisyah keseorangan di dalam kelas..
     Aisyah terduduk, terkejut dengan tingkah laku Ayoi tadi. Aisyah tidak menyangka yang Ayoi berkelakuan begitu..
     "Dasar buaya!!"
.....................................................................................................................................................................

     Aisyah membonceng skuter merah jambunya lalu beredar meninggalkan perkarangan rumah. Setibanya di KFC yang dinyatakan Ayoi tadi,Aisyah mula bingung, kalibat Ayoi lansung tidak kelihatan, Aisyah mula tercari-cari dan akhirnya dia ternampak Ayoi di dinding banggunan tersebut, fikirnya pasti Ayoi sedang tidur Aisyah mula mendekati Ayoi.
     "Ayoi? O... Ayoi?" Aisyah mengenakan jari telunjuknya mengenai pipi Ayoi. Namun Ayoi masih tegak berdiri.
     "Dia ni.. berdiri pun boleh tidur nyenyak?"Aisyah ketawa perlahan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menangkap gambar Ayoi 'berposing'. Aisyah ketawa lagi.
      Aisyah mulai malas, dia melihat topi yang dipakai Ayoi, pantas tangannya menolak topi tersebut ke atas membuatkan Ayoi tersedar.
     "Eh?? Dah sampai?? Ingatkan takut nak datang.."Ayoi membetulkan topinya dan ketawa sambil mengecilkan lagi matanya yang sudah kuyu. Ayoi menguntum senyuman.
     "Yang kau suruh aku datang sini kenapa??"Aisyah mula rimas melihat Ayoi yang sedang tersenyum sedangkan dia tidak tahu bahawa senyuman itulah yang sebenarnya mencuri hatinya.
     "Oh, kita kan sudah kapel kan? kan?"Ayoi mengangkat-angkat keningnya benada mengusik.
     Aisyah hanya diam sambil mempamerkan muka yang meluat. Ayoi ikut terdiam,dia faham benar tanggapan Aisyah terhadap dirinya namun Ayoi masih tetap bermanis muka.
     "Kalau macam tu, jomlah! Kita lunch sekali!"Ayoi pantas menarik tangan Aisyah tanpa sebarang kata setuju.
     
......................................................................................................................................................................

#sory sebab dapat buat sikit jew.. bz, tapi kalau nak tau apa jadi lagi. yumggu lah!