PUTERA TIDUR
EPISOD 3:
"Okeh, aku terima cadangan kau!"Aisyah mendengus geram.
"Hm.. kalau kau betul yang aku ini playboy or anything, aku sendiri akan umumkan aku playboy depan semua orang. Tapi.. kalau kau salah..."Ayoi mendekatkan mukanya ke muka Aisyah membuatkan Aisyah semakin gementar.
"Apa! Apa! kalau aku salah??"Aisyah cuba memberanikan diri.
"Hm, tak apalah, jumpa aku petang ni di KFC di pekan. Kalau kau beranilah.."Ayoi mengusap-usap kepala Aisyah lalu beredar dengan senyuman manis.. meninggalkan Aisyah keseorangan di dalam kelas..
Aisyah terduduk, terkejut dengan tingkah laku Ayoi tadi. Aisyah tidak menyangka yang Ayoi berkelakuan begitu..
"Dasar buaya!!"
.....................................................................................................................................................................
Aisyah membonceng skuter merah jambunya lalu beredar meninggalkan perkarangan rumah. Setibanya di KFC yang dinyatakan Ayoi tadi,Aisyah mula bingung, kalibat Ayoi lansung tidak kelihatan, Aisyah mula tercari-cari dan akhirnya dia ternampak Ayoi di dinding banggunan tersebut, fikirnya pasti Ayoi sedang tidur Aisyah mula mendekati Ayoi.
"Ayoi? O... Ayoi?" Aisyah mengenakan jari telunjuknya mengenai pipi Ayoi. Namun Ayoi masih tegak berdiri.
"Dia ni.. berdiri pun boleh tidur nyenyak?"Aisyah ketawa perlahan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menangkap gambar Ayoi 'berposing'. Aisyah ketawa lagi.
Aisyah mulai malas, dia melihat topi yang dipakai Ayoi, pantas tangannya menolak topi tersebut ke atas membuatkan Ayoi tersedar.
"Eh?? Dah sampai?? Ingatkan takut nak datang.."Ayoi membetulkan topinya dan ketawa sambil mengecilkan lagi matanya yang sudah kuyu. Ayoi menguntum senyuman.
"Yang kau suruh aku datang sini kenapa??"Aisyah mula rimas melihat Ayoi yang sedang tersenyum sedangkan dia tidak tahu bahawa senyuman itulah yang sebenarnya mencuri hatinya.
"Oh, kita kan sudah kapel kan? kan?"Ayoi mengangkat-angkat keningnya benada mengusik.
Aisyah hanya diam sambil mempamerkan muka yang meluat. Ayoi ikut terdiam,dia faham benar tanggapan Aisyah terhadap dirinya namun Ayoi masih tetap bermanis muka.
"Kalau macam tu, jomlah! Kita lunch sekali!"Ayoi pantas menarik tangan Aisyah tanpa sebarang kata setuju.
......................................................................................................................................................................
#sory sebab dapat buat sikit jew.. bz, tapi kalau nak tau apa jadi lagi. yumggu lah!


No comments:
Post a Comment