PUTERA TIDUR
EPISOD 4:
"Hei! Apa ni!!" Aisyah bersuara lantanglantas melepaskan pautan tangan Ayoi.
Kemudian, Aisyah tersedar.. bebola mata di dalam restoran KFC tersebut tertumpu tepat pada mereka berdua. Aisyah lantas tersipu. Mereka bergerak perlahan dan akhirnya duduk berdekatan dinding kaca yang dibina khas supaya pelanggan boleh menatap pemandangan luar sambil menjamu selera.
Aisyah masih tertunduk segan sementara Ayoi masih lagi tersenyum-senyum. Aisyah memandang Ayoi, kelihatannya Ayoi seperti sedang menahan ketawa.
"Apa gelak-gelak?!" Aisyah membulatkan matanya.
Akhirnya Ayoi ketawa besar sambil memegang perutnya menjadikan mereka sekali lagi perhatian di dalam Kentucky Fried Chicken tersebut.
##################################################################################
Aisyah pulang ke rumah lalu menghempas badannya di atas sofa ruang tamu. Dia mengeluh, menyesal pula rasanya dia megikut kehendak Ayoi. Tiba-tiba Telefon rumah yang diletakkan di tepi TV berdering kuat mengejutkan Aisyah dari lamunannya. Aisyah pantas mencapai gagang telefon tersebut dan menjawab sopan.
"Hello, Assalamualaikum? Siapa ni?" Tuturnya lembut.
"Aisyah, ni mak nah ni.. Aisyah nenek kamu sakit di sini, tenat.. bagi telefon dekat ibu kamu boleh?" Kedengaran suara ibu saudaranya di hujung talian.
Aisyah pantas membuka langkah mendapatkan ibunya di dapur lalu menarik tangan ibunya ke ruang tamu.
"Ya, kenapa?" Dahi ibunya mula berkerut.
Aisyah hanya memandang ibunya bercakap telefon dan selepas akhir perbualan, Aisyah segera bertanya..
"Kenapa, bu?" Aisyah menyoal risau.
"Nenek.. sakit... Tapi ibu tak boleh balik.. banyak kerja di sini.. aduh.. pening kepala ibu.." Ibunya mengeluh berat. Memang benar tempahan jahitan yang masih tergendala membuatkan darah ibu meningkat sejak beberapa hari ini. Kemudian, Aisyah terfikir sesuatu, kenapa tidak dia sahaja yang pergi?? Mungkin ini peluang terbaik untuk dia lari daripada Ayoi..
"Ibu, kenapa tak Ausyah saahaja yang pergi??"


No comments:
Post a Comment