Wednesday, November 17, 2010

putera tidur~

PUTERA TIDUR
EPISOD 6:

     "Apa yang kau?? macam mana??" Aisyah kebingungan.
     "Hehe.. boleh aku duduk?" Ayoi menyoal selamba sambil mempamerkan wajah yang manis.
      Dalam keadaan terpinga-pinga, Aisyah memandang Ayoi yang sedang berdiri dihadapannya dengan pandangan mengkritik. Aisyah memerhatikan rambut Ayoi yang selekeh, kemudian T-shirt hitam dan seluar pendek paras lututnya.. Aisyah melihat ke arah kasut Ayoi, kasut sekolah yang entah berapa lama tidak dicuci!
     "No,no,no,no!" Aisyah menggeleng laju.
     "Alah, bukan ada orang nak duduk pun.." Ayoi terus melabuhkan punggungnya disebelah Aisyah membuatkan Aisyah beranjak sedikit.
     "Hish!!!!!" Aisyah mendengus geram. "Macam mana kalau ada orang yang duduk disini?" Aisyah cuba mengusir Ayoi.
     "Takkan ada punya.. Kalau tak percaya tengoklah!" Ayoi meluncurkan badannya ke bawah sedikit untuk tidur, lalu Ayoi berpeluk tubuh.
     "Kalau ada, bagi aku sepuluh ringgit!" Aisyah mencabar.
      Namun kelihatannya seperti Ayoi sudahpun terlena, Aisyah memandang Ayoi, akhirnya dia yang berpeluk tubuh lalu melelapkan mata.
      Selepas beberapa jam, Aisyah terjaga. Kelihatannya suasana diluar tingkap masih lagi gelap, mungkin masih pagi. Aisyah menjenguk ke sebelah, kearah Ayoi.. Ayoi masih tidur, Aisyah menatap wajah Ayoi dalam-dalam.. baru Aisyah perasan.. Ayoi memang manis dipandang mata. Tiba-tiba kedengaran bunyi perut Aisyah berlagu syahdu, Aisyah memegang perutnya..
     "Patutlah, kan aku tak makan dari malam tadi.." Fikir hatinya.
      Aisyah bingkas bangun dari tempat duduknya, Aisyah memandang Ayoi sekilas jelingan, Biarlah..
     Aisyah berlalu dari satu gerabak dengan gerabak yang lain dan akhirnya tiba di kantin. Namun Aisyah tergamam. Kantinnya penuh! Terlalu ramai orang berpusu-pusu ke kaunter untuk mengisi perut yang lapar. Aisyah mula gelisah, dia cuba mencelah dicelahan di dalam himpunan manusia tersebut tapi tetap gagal untuk ke kaunter. Akhirnya menunggu disuatu sudut,niatnya ingin menunggu keadaan reda tetapi hakikatnya keadaan semakin menggila. Disebelah tempat Aisyah berdiri, kelihayan ramai lagi orang dari gerabak sebelah ingin ke kantin. Aisyah mula cemas. Pasti dia akan dirempuh! Aisyah cuba beranjak, tetapi tiada ruang untuk dia mengelak. Habislah! Akhirnya Aisyah cuma berpaling dan memejamkan matanya.
      Sekilas kedua-dua telapak tangan Ayoi kut diletakkan menahan dinding, meletakkan Aisyah diantara  kedua-dua lengannya. Jadi, orang ramai tidak akan merempuh Aisyah tetapi bergesel dengan belakan Ayoi. Aisyah membuka matanya, Dia memandang wajah Ayoi yang begitu dekat dengan wajahnya.. Jantungnya berdegup laju, tidak pernah rasanya dia berperasaan begitu..

No comments: